31 March 2009

Aksesoris Perniagaan Untuk di Jual



Pelan Perniagaan

Kepada usahawan bumiputera yang ingin berniaga ataupun membuat pinjaman perniaggan anda dinasihatkan agar mempunyi pelan perniaggan yang baik dan jelas. Kumpulan kami menyediakan rundingcara dan juga membekalkan template pelan perniagaan bagi tujuan penubuhan perniaggan baru dan juga pinjaman perniagaan. Kumpulan kami telah menjalankan beberapa siri latihan dan bengkel bagi penyediaan pelan perniagaan [Bankable Business Plan] bagi institusi perniagaan tinggi dan juga peniaga awam.

Berbekalkan pengalaman sebagai perunding dan pelatih didalam bidang keusahawanan kami menyediakan kemudahan:
  • rundingcara bagi membuat pelan perniagaan
  • membekalkan pelan perniagaan yang telah sedia ada [telah lulus pinjaman institusi kewangan]
  • membekalkan 'template-template' aksesori perniagaan seperti; sebutharga, invois, surat jaminan, surat perjanjian dan sebagainya

Elemen Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik

Setiap pelan perniagaan yang berjaya perlu disertakan sekali dengan perkara di bawah keana ia merupakan element penting untuk menunjukkan Pelan Perniagaan yang dihasilkan adalah yang terbaik.

a) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)
Ringkasan Eksekutif merupakan bahagian yang paling penting di dalam pelan perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu diberi perhatian dan ia boleh memberitahu pembaca di mana kedudukan syarikat itu sekarang dan kemana arah tujunya. Antara yang ada di dalam ringkasan eksekutif adalah:

  1. Kenyataan Misi Syarikat
  2. Tarikh bila perniagaan akan dimulakan
  3. Nama Pengasas dan peranan yang akan mereka lakukan
  4. Jumlah pekerja
  5. Lokasi perniagaan dan cawangan atau cabang tambahan
  6. Penerangan mengenai kilang atau kemudahan
  7. Produk yang akan dihasilkan
  8. Nama Bank pembiayai
  9. Kemajuan dan perkembangan syarikat
  10. Status kewangan
  11. Ringkasan pelan masa hadapan pihak pengurusan

b) Analisis Pasaran
Bahagian Analisis pasaran mengambarkan pengetahuan usahawan mengenai industri yang ingin diceburi. Ia juga menerangkan pandangan secara menyeluruh dan kesimpulan terhadap kajian permasaran yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan pada bahagian ini tetapi diletakkan pada lampiran (appendix). Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa memimpin (lead times) dan penilaian terhadap persaingan.

c) Strategi Pemasaran dan Jualan
Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik perhatian pengguna kepada perniagaan. Usahawan sepatutnya menyedari pengguna merupakan nadi utama perniagaan mereka. Pelan perniagaan mesti mengandungi ramalan penjualan berdasarkan analisis pemasaran. Di bahagian ini, perkara paling penting adalah untuk menjelaskan strategi pemasaran. Strategi pemasaran mestilah sesuatu proses penilaian yang dilakukan secara berterusan dan tersendiri (unique) untuk syarikat tersebut. Keseluruhan strategi pemasaran mesti mengandungi strategi untuk menembusi pasaran, perkembangan perniagaan, saluran pengedaran dan komunikasi. Keseluruhan strategi penjualan mesti mengandungi strategi penjualan yang bertenaga dan aktiviti penjualan. Adalah amat penting juga memasukkan bajet pemasarangn di dalam bahagian ini.

d) Perkhidmatan atau Barisan Produk (Produk line)
Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang syarikat tawarkan dan faedah yang akan diperolehi oleh pengguna sedia ada dan bakal pengguna. Usahawan mesti fokus kepada kelebihan yang ada dengan mengenal pasti masalah sedia ada pada produk atau perkhidmatan dengan menyediakan jalan penyelesaiannya.

e) Organisasi dan Pengurusan
Bahagian ini mengandungi struktur organisasi syarikat, butir terperinci mengenai pemilikan syarikat, profile mengenai kumpulan pengurusan dan kelayakkan ahli dalam lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran.

f) Permohonan Pembiayaan
Bahagian ini fokus kepada jumlah pembiayaian yang diperlukan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario yang berlainan untuk pembiayaian diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, di bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi, keperluan pembiayaan untuk masa hadapan (5 tahun kehadapan), bagaimana mereka akan menggunakan pembiayaan yang diterima dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi impak (kesan) terhadap kemajuan kewangan syarikat.

g) Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas analisis pemasaran dan objektif dinyatakan dengan jelas. Bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang anjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian. Serta anjuran ‘balance sheet’ (ini utk akaun kira-kira).

h) Lampiran (Appendix)
Bahagian lampiran mesti menyediakan pembaca bahan secara am sahaja. Dengan kata lain, pelan perancangan utama tidak dimasukkan di bahagian ini. Pelan perniagaan adalah alat komunikasi. Ia akan dilihat oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah perhargaan, resume pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, Kajian pemasaran secara terperinci, artikel dari majalah berkaitan, lesen, permit, dokumen undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan, termasuk peguam dan akauntan.




















Kami menjual template dan aksesori perniagaan dengan harga rendah bagi tujuan menjana kemampuan individu bumiputera untuk bersaing didalam bidang perniagaan.


Wassalam


-Kumpulan Penasihat Perniagaan-

No comments:

Post a Comment