31 March 2009

Kursus Usahawan Bagi Bumiputera



1. OBJEKTIF KURSUS

Kursus Asas Keusahawanan ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai bidang keusahawanan dan perniagaan. Hasil pembelajaran utama ialan peserta akan dapat menerapkan budaya dan amalan murni keusahawanan dalam diri mereka dan mengetahui asas-asas didalam memulakan sesuatu perniagaan.

Kursus asas ini akan membuka minda dan merangsang semangat keusahawanan kepada kumpulan sasar yang berpotensi sebagai usahawan yang berjaya. Pendedahan ilmu keusahawanan ini akan dapat mempercepatkan usaha menambah bilangan usahawan kelas menengah negara.

Antara lain kursus ini akan mendedahkan peserta kursus mengenai dunia keusahawanan dan peluang-peluang masakini serta membina keyakinan untuk bersaing didalam dunia keusahawanan yang mencabar dewasa ini.
Objektif Kursus

2. MODUL KURSUS

Hari Pertama: Modul 1
Modul pertama akan membincangkan tentang sejarah dan konsep asas usahawan. Ini meliputi pengenalan mengenai ciri-ciri seorang usahawan, bagaimana ingin menjadi seorang usahawan yang kreatif dan inovatif.

1. Pengenalan Kepada Keusahawanan
  • Konsep Asas Keusahawanan
  • Siapakan Usahawan
  • Memahami Motif Usahawan

2. Kepentingan Usahawan

3. Profil dan Ciri-Ciri Usahawan
  • Ciri-Ciri Usahawan Berjaya / Kompetensi keusahawanan
  • Perbezaan Diantara Usahawan. Perniaga dan Pengurus

4. Usahawan Keratif dan Inovatif
  • Apakah Kreatviti
  • Proses Menjadi Kreatif
  • Halangan Kepada Kreativiti
  • Bagaimana Menghasilkan Idea Kreatif
  • Apakah Inovatif
  • Sumber Inovatif
  • Halangan Kepada Sifat Inovatif
  • Kepentingan Sifat Kreatif dan Inovatif Kepada Usahawan

Hari Kedua: Modul 2
Modul ini membincangkan mengenai pentingnya memahami persekitaran didalam persekitaran perniagaan, ini termasuklah perbincangan mengenai pentingnya faktor-faktor persekitaran yang menyumbang kepada kesan ancaman dan peluang bagi seorang bakal usahawan. Di dalam modul ini juga perbincangan mengenai bagaimna mengenalpasti peluang dan kaedah menganalisa peluang akan diperbincangkan.

1. Persekitaran Perniagaan
  • Persekitaran Makro
  • Persekitaran Mikro
  • Persekitaran Organisasi
2. Bagaimana Mengenalpasti Peluang
3. Menganalisa Peluang

Hari Ketiga: Modul 3
Modul Ketiga akan terus menjurus kepada bagaimana untuk bermula sebagai seorang usahawan. Peserta akan didedahkan dengan kaedah mengenalpasti peluang yang wujud, pendaftaran perniagaan, agensi sokongan dan kemudahan-kemudahan khidmat nasihat serta bantuan kewangan. Modul ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi penyediaan ‘Rancangan Perniagaan’ dan apakah yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan sebelum memulakan perniagaan.

1. Bagaimana Untuk Bermula Menjadi Usahawan
  • Jenis Peluang Perniagaan
  • Pembelian Perniaggan
  • Franchais

2. Perundangan Perniagaan
  • Perniagaan Tunggal
  • Perniagaan Rakankongsi
  • Syarikat: Penubuhan Syarikat Sdn Bhd dan Akta 1956
  • Cara-cara pendaftaran perniagaan Akta 1956

3. Rancangan Perniagaan
  • Apakah Rancangan Perniagaan
  • Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Elemen Penting Rancangan Perniagaan
  • Teknik Penyediaan Rancangan Perniagaan

4. Agensi Kerajaan dan Institusi Kewangan
  • Pengenalan Kepada Agensi Kerajaan dan Institusi Kewangan
  • Maklumat, Bantuan dan Khidmat Nasihat

3. PESERTA KURSUS
Program ini boleh dihadiri oleh sesiapa juga yang ingin mendapat pendedahan bagi memulakan perniagaan. Walaubagaimanapun bagi peserta yang tidak pernah menjalankan perniagaan atau berkecimpung didalam dunia perniagaan mereka dinasihatkan agar mengikuti kursus peringkat asas sebelum mengikuti peringkat lanjutan.

Para pelatih bagi program pembangunan usahawan bumiputera ini tediri daripada pelatih professional yang berpengalaman lebih dari 15 tahun di bidang perniagaan dan korporat dan kebanyakkannya datang dari sektor perniagaan itu sendiri. Kumpulan pelatih kami bukan hanya memberi latihan kepada usahawan baru malah menyediakan latihan bagi usahawan yang ingin mempertingkatkan perniagaan ke arena yang lebih mencabar iaitu diperingkat global.

Kami menyediakan bilik latihan yang selesa yang mempunyi:
  • Bilik berhawa dingin
  • Kelengkapan komputer dan internet bagi 50peserta
  • Projektor dan White board

Wassalam


-Kumpulan Pelatih Bumiputera -

No comments:

Post a Comment